Friday 26 July 2013

Acara Bermukun

Masyarakat Sarawak mempunyai sastera rakyat seperti lagu, tradisi dan pelbagai permainan,.- Adat bermukun atau bergendang adalah salah satu tradisi yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu Sarawak. Bermukun atau bergendang merupakan salah satu khazanah budaya dan kesenian yang diwarisi masyarakat di Sarawak sejak daripada nenek moyang dahulu lagi. Aktiviti tersebut sangat unik kerana mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai aktiviti bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang di khalayak ramai terutama semasa majlis perkahwinan atau pelbagai lagi majlis keraian. Sarawak juga mempunyai keunikan dalam sastera Melayu terutama dalam acara gendang melayu Sarawak, yang mempunyai unsur kias dan ibarat bagi menyampaikan perasaan dan fikiran kepada yang mendengarnya.

“Penggunaan kias dan ibarat itu jelasnya bermula dari tumbuhnya hasil-hasil sastera masyarakat Melayu lama hinggalah ke zaman moden – kias dan ibarat menjadi alatan sastera yang penting dan menjadi ciri khas kepada sastera Melayu.

“Unsur bahasa yang istimewa ini memberi keindahan dan kehalusan tersendiri kepada sastera Melayu kerana sesuatu pernyataan perasaan dan fikiran hanya akan dikemukakan dalam bentuk yang tidak langsung, tidak menyinggung perasaan tetapi tepat kepada makna dan tujuannya.” . 


No comments:

Post a Comment