Showing posts with label jum jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jum jalan-jalan. Show all posts
Friday, 26 July 2013
Kampung Budaya
| |
Taman Buaya Jong
Antara tempat menarik lain di Bandaraya Kuching yang wajib dilawati adalah Jong’s Crocodile Farm, atau Taman Buaya Jong di Sarawak adalah adalah sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz.
Ia terletak di sekitar daerah Padawan (sepanjang jalan Kuching-Serian) dan boleh dilawati dengan perjalanan kira kira 45 minit dari bandar Kuching. Memandangkan Sarawak memang begitu sinonim buaya maka lawatan ke Jong’ Crocodile Farm ini seolah olah menjadi kemestian kepada pelancong dari luar Sarawak.
Jong’s Crocodile Farm juga adalah kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya yang terbesar di Malaysia. Pada awal penubuhan taman buaya Jong ini pada tahun 1963, pembukaannya adalah untuk tujuan komersial iaitu untuk memperdagangkan kulit buaya, tetapi kemudiannya ditukar kepada mini zoo yang ada hingga sekarang. Ia diberi nama sempena pemilik dan pembuka taman ini sendiri iaitu Johnson John. Johnson John juga adalah penulis bersama buku ‘Man-eating Crocodiles of Borneo’ bersama James Ricthie. Harga masuk ialah RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak kanak di bawah 12 tahun.
Buaya-buaya di sini ditempatkan mengikut saiz, spesies/jenis dan umur. Buaya yang masih kecil ditempatkan bersama di dalam sangkar yang lebih kecil. Begitu juga buaya yang masih diperingkat ‘remaja’. Manakala buaya dewasa dibiarkan hidup berkumpulan dalam kawasan yang lebih besar.
Walaupun dikenali sebagai taman buaya, Jong’s Crocodile Farm juga menempatkan spesies unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang lain yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo. Waktu yang paling sesuai untuk melawat Jong’s Crocodile Farm ialah pukul 9 pagi dan juga 3 petang kerana waktu ini demonstrasi memberi makan kepada buaya akan diadakan.
Taman Negara Matang (Matang Wildlife)
.jpg)
Matang Wildlife Centre merupakan sebahagian daripada Taman Negara Kubah yang menempatkan pelbagai jenis hidupan liar dalam golongan spesis merbahaya di dalam kawasan tertutup ataupun sangkar yang sangat luas. Tarikan utamanya merupakan program latihan orang utan di mana orang utan yang tidak mempunyai ibu bapa ataupun telah diselamatkan, diajar cara-cara untuk hidup di dalam hutan sebenar. Masa terbaik untuk melihat mereka adalah pada masa memberi makanan (sila rujuk di bawah). Selain orang utan, pusat ini juga menempatkan rusa sambar, buaya, beruang matahari, musang dan benturung, dan tiga aviary besar yang menempatkan burung enggang, helang, burung lelayang, burung botak serta beberapa lagi spesis yang berasal dari Sarawak.
Terdapat beberapa lokasi sesuai untuk berkelah yang terletak hanya bersebelahan pusat informasi serta empat jejak hutan. Pitcher Trail, yang mengelilingi hutan ini, mengambil masa dua jam untuk dihabiskan dan trekker akan dapat melihat dengan mudah tumbuhan pitcher yang memenuhi lantai trek di kedua-dua belah jalannya. Rayu Trail pula mengambil masa 3-4 jam untuk dihabiskan dan ianya menuju ke Pusat Taman Negara Kubah. Manakala Sungai Buluh Trail pula akan membawa anda ke dua buah lokasi air terjun yang menakjubkan dan mengambil masa 2 jam (untuk pergi sahaja).
Di sini terdapat sebuah pusat informasi, kemudahan penginapan dan sebuah kantin kecil berdekatan tempat letak kereta.
Monday, 22 July 2013
Taman Negara Bako
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

.jpg)

